Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.<br /><br />Pindaan perlembangaan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri lebih 2,000 perwakilan.
